Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 15, 2007

dah lama tak post apa2 news kat blog... malas nak menaip... well nak menaip satu cerita...
semalam.. my lovely daughter jatuh... aku tengah lipat kain.. pastu dia pun cam biasa pun sebok nak lipat gaks... aku lipat kain kat atas coffee table.. since dia dah sebok2 menolong menyepahkan kain baju aku tuh aku biarkan je laa.. pastu dia datang kat aku nak duduk celah2 kaki aku.. pastu entah camne ntah dia terantuk kat meja... tak de laa bunyi kuat terantuk tuh.. aku terus peluk dia ke bahu... bebel laa skit pada dia.. dah tu aku tengok kat baju aku dah penuh darah.... apa lagi... makcik pun panic laa... terus tengok kat mulut dia... aku amik tisu lap bibir dia.. tak de pulak darah.. tapi darah still kuar lagi.. tengok kot2 gigi dia patah ke apa ke.. tak jumpa jugak punca darah tu dari mana... aku nangis tak ingat laa... pastu aku pujuk dia bukak mulut dia.. mmg ler payah dia nak bukak mulut dia... aku baringkan dia.. suh dia bukak mulut lagi.. dia bukak skit.. aku nampak ada satu lubang kat lidah dia.. dan dari situ laa darah kuar tak benti2.... lagi laaa makcik panic... nangis lagi... pastu kuar laa satu iklan baby... anak aku leh bangun dan joget dulu.. pastu sambung balik baring & nangis... sementara dia sambung nangis tuh.. aku dial hubby aku tak dapat.. pastu aku taruk je laa hp tu kat tepi.. mana laa tau hp tu redialling... aku pun tak perasan.. hubby aku dengar sore aku nangis and syira too... dia pun panic... satu malaya dia call... sampai mak aku pun dia call.. dah laa rumah aku semalam dikunjungi orang ramai... syira dah ok... dia makan cam biasa, minum susu cam biasa... lega hati aku.... that's all 4 now... ada keje nak buat..

Wednesday, June 13, 2007

Eye On Malaysia

hari minggu lepas pegi Taman Tasik Titiwangsa.. ada beberapa keping pics di bawah yang telah di snap semasa berada di sana sempena Jom Makan2 M'sia..
ticket eye on malaysia.. RM 30 tuk 2 orang.. syira tak yah bayar sbb blum cukup umur... syira memula tu xcited naik eye on malaysia tuh... tapi bila dah 4 masuk 3 round dia dah boring... semernya 6 round.. naik pening kepala aku.. rasa cam loya laks bila dah turun tuh.. aku yang tak penah gayat pun leh jadi gayat.. napa ntah...
kat pesta jom makan2 tu macam2 makanan ada... kami cuma makan mee bandung muar aja.. hmm kuah dia mmg kaw.. pekat giler.. syira laks makan nasi impit... terjerit2 dia main playground kat sana... suka sangat sbb ramai sangat orang hari tuh... k laa buat masa ni... ada kerja melambak sedang menanti.. daaa...

Friday, June 8, 2007

sedih...

berita yang baru saja ku dengar bagaikan bongkah besar menghempap kepala, otak dan benakku... benarkah perkara ini berlaku... seandainya aku mampu mengawal & menghalang... tapi benarkan berita itu? kesahihan berita ini hanya akan diketahui setelah "dia" pulang.. benarkah? betulkah? aku tak mampu dan tak boleh luahkan pada insan bernama manusia... hanya kepada blog tercinta ini sahajalah tempat ku meluahkan perasaan.. kerana janji.. janji harus ku genggam erat.. janji harus ku simpan, ku tanam dalam2 lubuk hatiku... Ya Allah.. jauhkanlah "dia" dari segala kejahatan... berikanlah "dia" kekuatan... berikanlah "dia" kewarasan fikiran dalam membuat keputusan.. Ya Allah bantulah "dia" ya Allah....

Wednesday, June 6, 2007

!

selamat pagi...
dah 8 hari aku lalui kehidupan di tempat kerja dengan penuh kebosanan sbb boss aku pegi UMRAH.. minggu depan baru masuk keje balik! boring laa kalau boss tak de nih... tak tau nak buat apa... ke hulu ke hilir... entah apa2 ntah yang aku buat sepanjang 8 hari ni.. semalam jek rasanya buat keje berpekdah skit... buat card utk hubby sempena Father's Day.. aku mintak my sweet lil' gal bagikan card kat ayah dia... dia kasik kat ayah dia pastu dia lari + malu2 and senyum2 sendiri...
Penyakit bulanan datang menyerang.. dan tahap ketidaksabaran ku semakin menjadi2.. aku mohon pada Allah setiap hari.. berilah aku kesabaran dalam mendidik anakku & melayan karenah suamiku... aku mohon sangat2 pada-Mu ya Allah..
Insyirah semakin hari semakin ligat.. berjalan tanpa henti tanpa brake.. langgar meja ke, langgar dinding ke, tergolek + tertonggeng ke dia tak amik peduli... yang penting dapat jalan sana sini.. dapat sepahkan umah sampai umah jadi tongkang pecah, mama yang tak sabar ni asyik memetir + memanah... ayah jugak yang kena kemas umah... hehehe... by, kau lah satu-satunya insan yang cukup memahami diriku..
semalam sementara tunggu by amik, aku lepak kat taska syira... macam2 aku tengok karenah dia... yang paling aku geram dia pandai carik gaduh ngan budak umur 3 thn!!! Syira tarik rambut dia... pukul2 dia.. pastu dapat berita yang kurang enak daripada cikgu dia... syira gigit orang!!! gigit budak lelaki umur 3 thn jugak!! Ya.. Allah.. tak terkata apa mama jadinya...
skang ni pulak.. pantang ayah dia sebut 50/50 mesti dia mengepak nak terbang ( semer sbb iklan DIGI). Pengaruh iklan ni cukup kuat buat anak2 yang baru nak membesar dan suka meng'explore'.
Cukup laa dulu buat masa nih... ngantuk pulaks!

Wednesday, May 30, 2007

2nd anniversary!

28 may hari tuh genap laa 2 tahun aku berumah + tangga bersama suamiku..!!
Malam tu cuma keluar makan saja kat jusco balakong... makan kat Johnny! Dapat hadiah jam tangan.. ermm.. dah lama tak post apa2 kat blog.. bz sesangat... skang ni pulak tak berapa sihat.. flu..
syira lak dah semakin besar.. makan banyak tapi badan maintain.. dah pandai merajuk.. dah pandai panjat2 aquarium.. masuk bawak rak tv.. hmm.. hari ni pulak dah pandai tunjuk penumbuk kat cik eddy dia!!! terkezut giler aku... entah mana dia belajar!! skang ni pantang tengok aku pakai lipstick mesti dia ulur bibir dia tuh... nak jugak melawa..!! syira skang cukup takut ngan spiderman.. nampak jek gambo spiderman mesti dia tepuk2 dada dia.. and sebut isy.. isy.. isy.. menandakan dia takut... kalau dia terkejut pun dia akan tepuk2 + urut2 dada dia... itupun aku tak tau mana dia belajar... kalau nampak masjid atau dengar azan dia akan cakap syyy.. suh diam... pastu nanti dia akan sujud... ermmm makin hari makin banyak karenah dia... aku ni tahan+sabar je ngan perangai anak dara sorang nih...
k laa.. flu semakin menjadi2.. ada masa dan ketika.. akan aku postkan lagi sesuatu ke blog ini!!! daaaa..

Friday, April 6, 2007

happy birthday syira!!

lama rasanya tak post news @ pics kat blog... bz ler lately nih...
last 31 march 2007 genap Nur Insyirah Sazali setahun. cukup setahun baru dapat kaki.
dah 2 minggu dok kat umah baru.. (tapi bukan umah sendiri, sewa gaks).. pindah rumah sbb dah dapat umah bawah... hari tu townhouse tapi atas.. pindah pun sbb syira dah pandai panjat-memanjat... dah pandai panjat grill tingkap kat umah lama tuh.. bergayut kat grill tuh... sbb tu laa jugak kena cari umah bawah..
skang ni lega skit nak ampai kain pun tak de laa takut sangat.. sbb boleh nampak apa syira buat kat dalam umah tuh... syira pun skang ni dah pandai panggil "mama". semalam baru belajar perkataan baru dari syira... dia merengek2 pastu sebut "syyy, syyy, syyy". kami berdua confuse apa dia nak sebenarnya... pastu dia selongkar beg dia... dia amik botol then tunjuk kat kami..... ooooooo nak susu rupanya... gitu rupanya dia sebut susu..
cukup setahun nih.. macam2 syira pandai buat.. macam2 perangai dia tunjuk.. makin lama makin manja syira nih.. especially ngan ayah dia... hmm.. anak ayah laa katakan.. apa saja syira nak ayah pasti tunaikan....
stop dulu.. ada keje lagi.. ada masa post lagi... bubyeee

Tuesday, February 6, 2007

FAMILY DAY - PENGKALAN BALAK

Last week, salah satu club kat ANGKASA ni buat family day kat melaka, pengkalan balak. Ok laa aktiviti kat sana... bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.00 a.m. sampai kat melaka lebih kurang jam 12.15 p.m. kami terus ke muara beach resort untuk lunch. Afrer lunch pegi check in di Ismah Beach Resort. Rehatkan diri.. hubby aku bantai tido, syira pun sama, aku pulak layan citer hindustan tapi tak tau kesudahannya apa sebab tv dah tengok aku. Lepas solat asar, pegi minum petang di Muara Beach Resort, makan mee kuah... hmmm sedaappnya.. terasa udang geragau dia.. pastu bawak si kecik tu main air.. petang tu tak ada acara apa2 cuma yang ada teka gula2, kacang, kuaci. Makan malam pun dia Muara, ada barbeque malam tuh, macam2 ada.... sotong, udang, ikan pari, ikan kembong, kerang & kambing... hubby aku giler makan kambing.. aku makan ikan pari & kembong aja.. yang lain tu bukan tak nak makan, tapi dah tak boleh nak isi lagi.. kenyang yang teramat kenyang... alhamdulillah.. malam ada acara musical chair.. aku masuk.. tapi aku peserta pertama keluar... depan belakang aku orang2 big size.. aku tak cukup besar nak berebut kusi tuh.. hubby aku malam tu layan karaoke.. balik ke bilik lebih kurang dalam jam 12.00 a.m. esok nya acara kemuncak... iaitu lucky draw.... pagi tu jugak ada acara bola tampar pantai.. hubby aku join and team dorang menang... pastu kami anak beranak berendam kat dalam laut.. syoknya.. paling syok sekali syira laa...

ni no bilik kami di Ismah Beach Resort

syira teruja sangat... tapi masa ni tak kasik mandi lagi.. sbb dah petang sangat... celup2 jek kaki dia kat air
lepas balik dari minum petang dan main air di pantai.. lepak2 depan bilik... " berat betul laa botol 100+ ni mama, tak kuat syira nak angkat!" lepaskan jugak kemaruk si syira ni.. mandi laut... tapi masa ni dia ngan kawan aku, kak mazni... sbb masa tu poket suar aku penuh ngan barang, ada hp, dan mcm2 lagi... masa tu hubby tengah main bola tampar pantai.. aku laks tak sabar2 nak mandi laut gaks... lepas jek hubby abis main bola tampar pantai kami berdua terus terjun ke laut bersama2 ngan anak kesayangan kami... Nur Insyirah