Monday, January 30, 2012

psstt...


sumpah bosan giler hari nih... boss xde.. meeting kat langkawi... geng sama2 kepochi pun yillek.. cuti.. fuhhh.. giler bosan... sampaikan tengahari tadi, kuncikan diri sendiri dalam bilik boss.. pastu ZZZzzzzz.... nikmat sekali... 

pagi lepas settlekan keje.. tengok FB sampai nak muntah rasa.. rasanya kalau FB tu bleh bercakap atau boleh msg2 dia mesti dah jemu tengok muka aku yang tak de perasaan dah bila scroll curser tu turun naik... apa yang aku tengok pun aku tak tau... skang ni tengah menikmati choc Whittaker's Almond Gold...

Now dah 29 weeks of pregnancy, bout 11 weeks to go... preparation? nak prepare apa lagi ek? beg nak gi beranak rasanya cam dah complete... baju, bedung, barut, toiletries baby dah ada, wet tissue, diapers pun ada, segala kelengkapan diri aku pun... done.. apa lagi ek? preggy kali ni mcm x reti apa2 pulak... padahal ni dah kali ke3 pun.. maybe perbezaan jarak tu yang buat kita blurr kejap.. lama x lama jugak.. beza harraz ngan baby ni 4 tahun.

Atau mungkin juga aku terlalu memikirkan adakah aku akan di scissor? itukah yang menjadi 'ketakutan' aku.. YES.. honestly aku mmg takut.. sbb preggy b4 aku adalah beranak normal.. aku takutttt... ni semer due to 'Placenta Preavia' stage 1... masa 1st time doc kasik tau tu aku cam ala2 cool jek... tapi bila baru2 ni scan lagi.. PP masih x berubah.. still stage 1 and kedudukan baby pula adalah songsang.. adalah jugak tanya doc.. PP stage 1 ni x serius kan doc? tapi jawapan doc buat aku cuak juga... kata doc 'jangan dok ambil mudah walaupun stage 1 sbb awak still kena operate jugak.. sbb uri still halang laluan baby.. kalau awak paksa juga nanti uri boleh hancur dan menyebabkan bleeding.. itu sudah melibatkan nyawa.. lagi satu kalau uri dah hancur.. kemungkinan rahim akan dibuang..' uwaaaaaaaaaaaaa.. doc betul2 buat aku susah hati sampai laa skang nih..

'Ya Allah peliharalah zuriat di dalam kandungan ku ini sehingga saat aku melahirkannya, kurniakanlah aku zuriat yang sempurna akal dan fikirannya, kurniakanlah aku zuriat yang sempurna  sifat dan anggotanya tubuh badannya, kurniakanlah aku zuriat yang kelak akan menjadi anak yang soleh dan solehah, Ya Allah perbetulkanlah kedudukan uri dan zuriat di dalam kandunganku pada tempat yang sepatutnya.. hanya pada-Mu aku bermohon dan hanya pada-Mu aku berserah sesungguhnya hanya Kau yang mampu mengubah segalanya..' - AMIN -