Friday, May 23, 2008

KRONOLOGI KELAHIRAN MUHAMMAD HARRAZ BIN SAZALI

7 mei 08 - masih lagi ke office walaupun due date aku semalam (6 mei 08). tunggu hubby amik seperti biasa.. dalam perjalanan blk tuh.. dpt call dari taska syira.. kata dia demam.. so.. ok laa.. demam biasa2 aja agaknya.. fikir aku laa.. sesampai di rumah terus aja pegi amik syira.. ayah dia pegi amik.. ya Allah anak aku terkulai di bahu ayah dia... syira aku amik terus aku peluk... airmata aku x boleh ditahan2 lagi.. terus aja ke klinik... kebetulan hubby dah janji ngan pakcik aku nak repair kete dia malam ni.. sbb dorang nak balik johor esoknya.. ziarah keluarga pak long aku yang baru meninggalkan kami beberapa jam yang lalu.. tak lama aku sampai umah dari klinik.. pakcik & family pun sampai.. so hubby aku pun buat kerja.. aku dah mula sakit2.. contraction selang 10 minit sekali... syira lak panas badannya melampau2.. semer aku dah buat nak kurangkan panas badan dia... still sama..
8 mei 08 - 12.oo a.m. - hubby masih belum habis kerja.. syira pulak tak leh tido2.. hubby berhenti keje sekejap tidokan syira.. masukkan dlm buai.. aku sambung tidokan syira... sambil borak2 ngan cik la (makcik aku)... baring2 kat depan tv.. syira nangis.. aku turunkan dia dari buai.. baring sama2 ngan aku.. tetiba dia kata.. 'mama.. ya takut.. ya takut mama... rambut.. rambut'.. dia dah start meracau.. aku peluk dia.. baca ayat2 yg patut... still macam tuh jugak.... 3.00 a.m. syira mintak buah.. nasib baik dalam fridge ada anggur.. bagi dia makan... akhirnya kl 5.00 a.m. baru siap kete pakcik aku.. dorang tido kat umah aku sudahnya... so.. ada masa lebih kurang 1 jam tuk tido.. b4 g keje.. aku dah x leh nak lelap.. akhirnya kami terlajak tertido sampai kul 7.00 a.m. aku ingat syira tdo.. rupanya tidak.. dia masih lagi ketakutan.. dia peluk aku.. dia kata dia takut.. dia pandang aku... dia pandang belakang aku.. berulang kali.... aku peluk dia.. aku suh dia cakap.. ALLAHUAKBAR... sekuat2nya dia sebut kalimah tu... aku bawa dia keluar dr bilik.. cik la pun dah bangun... aku masih lagi peluk syira... aku palingkan muka syira arah aku... apa yang aku masa tuh... darah yang banyak dari hidung dia dah meleleh ke mulut dia.. aku menjerit.. 'by.. kenapa anak nih'.. hubby yang masih lagi mamai terus melompat dari katil dapatkan aku dan terus amik syira.. keadaan panik seketika... aku terus menangis.. hubby pun panik.. cuma yang keluar dari mulut dia ' sabar mama, sabar... aku terus rebah x sedarkan diri.. keadaan orang dalam rumah aku semakin panik.. aku terus x sedarkan diri...cik la aku terus-terusan cuba sedarkan aku... jiran @ officemate aku dipanggil... mereka2 cuba sedarkan aku.. aku pun tak pasti berapa lama aku dalam keadaan tu.. yang pasti bila aku sedar cuma syira yang aku cari.. aku menangis semahunya... hubby peluk aku, tenangkan aku.. 'syira ok mama, sabar mama'... lega hati aku bila uku dpt tgk muka syira.. kami semer rest sekejap.. dalam pd tu... semer sepakat bw aku & syira ke klinik... klinik keluarkan 2 surat tuk dibawa ke hospital.. cik la dan suami antar aku ke spital.. hubby lak antar kwn dia.. kami janji jumpa kat spital selayang.. lebih kurang jam 12 pm kami smpai... terus ke emergency bw syira.. hampir 4 jam tgu br dpt jumpa doc.. amik darah syira.. doc suspect denggi..lg sekali hati aku resah.. syira kene tahan kat e.r. masuk air... sementara nak tgu msuk air tuh... cik la suruh aku pg check pulak.. sakit aku ttp ada.. tapi aku bgtau aku x sakit dah.. mengenangkan syira.. x sampai ht aku tgalkan dia.. hubby lak pujuk suh aku check.. aku mintak pd hubby biarlah uku tdokan syira dulu... dia tdo aja.. aku ditemani cik la terus ke dewan bersalin... sampai sn.. setelah di check... dah bukak 3 cm. terus thn wad... itu yang aku x nak.. aku risaukan syira... sementara tgu wad kosong.. aku minta keluar.. alasan aku nak amik beg... sib baik nurse bg... aku terus ke kereta cik la.. dorang tgh makan... aku x de selera... hasrat ht mmg nak pg tgk syira.. tp aku call hubby dulu.. suara hubby slow aja, aku tau dia sedih.. lepas letak hp.. aku nangis lagi.. cik la ckp... dia akan tgu.. sama ada anak aku kena thn ward ataupun x.. dia ttp tgu.. akhirnya lepas abis drip.. anak aku dibenarkan blk.. cik la bw syira blk.. hubby jenguk aku kejap kat ward.. mak & ayah sampai mlm tu jugak. dorang stay kat umah cik la...
9 mei 08 - aku masih lg x rskan apa2. dan bukaan aku masih lagi sama.. 3cm.. petang tu hubby, mak, ayah, syira datang sbb syira kena check up lagi.. so dorang melawat aku kejap..hidung syira still bleeding.. tapi x sebanyak yg 1st tuh... masih lagi panas bdn dia... tapi nampak laa ceria sikit.. hubby tgu sampai kul 7.00 p.m. aku suh hubby balik.. aku kata selagi aku tak masuk labour room x yah datang. aku kesiankan dia.. malam tuh aku dah mula sakit selang 5 minit sekali..
10 mei 08 - b/fast... doc dtg check.. aku dah 4 hari lewat dr tarikh due date.. bukaan aku baru 4cm... doc minta nurse antar aku ke labour... 9.15 a.m. aku dimasukkan ke labour room..hubby dah diberitahu b4 that. hubby sampai kul 10.30 a.m. bukaan dah 5 cm... ubat dimasukkan utk cptkan bukaan jln.. since that contraction semakin kerap.. sakit sgt.. then nurse tgk graph aku.. dia kt contraction aku terlalu kuat.. so dorang decide bg ubat tahan sakit.. apa ntah namanya.. tak silap aku pettadin (betul ke x ejaan aku x pasti, tapi gitula bunyi nama ubat tuh).. masa tuh dah bukak 8.. x sampai 5 minit dia inject aku... aku dah rasa nak bersalin sangat... nurse yang jg aku tuh byk membantu... tepat jam 12.43 p.m. lahirlah MUHAMMAD HARRAZ ke dunia dengan berat 3.11 kg... pic dia x dapat nak attach lagi atas sbb2 yg x dpt di elakkan..
cukup dulu laa... pjg sangat nih.. harraz tgh tdo nih... aku pun dah 13 hari berpantang di rumah mak aku di serting, n.9.. daaaa...