Wednesday, December 27, 2006

Sedih, pilu..

Pagi tadi turun minum macam biasa. Tunggu office-mate aku ni kat lobby. Sementara tunggu orang yang menggantikan tempat kawan aku tu turun.. aku baca magazine dulu.. kaunter bawah berdekatan ngan Taska tempat anak aku diletakkan. aku terdengar laa satu tangisan yang amat kuat sekali dan amat familiar sekali... macam sore syira! Tapi malas nak jenguk, sbb masih awal lagi baru 9.30 waktu tu. Daripada kaunter tu boleh nampak suasana kat dalam Taska tuh. Aku nampak baby didukung oleh seseorang then baby tu diletakkan di dalam walker dan walker tu di sepak oleh seseorang itu... aku rasa sedih laa tengok baby tu diperlakukan mcm tu, walaupun hanya dari luar. aku dengar lagi tangisan yang kuat itu, kata hati aku ikutkan, mmg suara anak aku, dan dia lah baby yang diletakkan dalam walker itu... sedihnya hati aku tak terkata... aku rasa mcm nak nangis pun ada.... aku tak penah buat my baby syira mcm tuh... syira nampak je kelibat aku dia terus menangis seolah2 mcm ada sesuatu yang dia nak bagitau... aku terus peluk dia.. sedih sangat..

Tuesday, December 26, 2006

JOM MENGEMAS

lepas keje hari sabtu tu pegi giant kelana jaya ngan syira... boring ler.. balik umah awal2 pun tak de nak buat apa2. Pic ni baru jek sampai umah..

dah nampak dah... sesuatu akan terjadi..
tu dia... dah mula "membaca"
ada lagi yang best ler kat sana tuh.
ni ler sebenarnya yang dia nak!!! syira ni mmg suka mengemas beg dia... abis sumer baju, botol, susu, bedak dia punggah...

kenapa jadi cam ni!!

pic ni masa syira umur lebih kurang dalam 4 bulan... mmg dari kecik ayah dia suka no ajak anak dia main "benda alah" nih.. (giant kelana jaya) mana2 pegi mesti nak dinaikkan anak dia atas "benda alah" nih. si kecik ni apa lagi bukan main suka ler dia. asal nampak benda ni kat mana2 mulut dia dah bising. kalau tak naik dia bantai melalak. tu laa penangan ajaran sesat ayah dia. semalam pegi 1 utama. saja jalan2 bawak si kecik tuh.. jalan punyer jalan nampak laa "benda alah" ni. kekononnya syira menegur ler "benda alah" nih. then ayah dia tanya.. "sayang nak naik ke?" cam xcited ler pulak dia masa tuh. bagai nak rak carik syiling nak cukupkan singgit.. letak dia kat situ.. "benda alah" tu pun bergerak laa.. tetiba si kecik ni paling kan muka dia kat ayah dia, rupa2nya dia takut... KENAPA JADI CAM NI, aku pun tak tau... entah sejak bila dia takut pulak dengan "benda alah" ni pun aku tak tau.. ni lagi satu pic dia tengah ketakutan... aku pun tak faham ler kenapa dia takut sangat... ni masa makan kat KLUANG STATION kat 1 utama... minum air kopi ngan roti bakar jek... syira makan fries. aku rasa ni laa "penyebab utama" yang buat dia takut pada "benda alah" tu tadi. sekarang ni tiap kali aku nampak jek patung mc d ni aku akan tunjuk kat dia... and si kecik aku nih mesti tutup muka dia kat bahu aku... takutttt! syira.... syira....(aku rasa dia takut kat mulut yang besar tu ler..)

Saturday, December 23, 2006

hmm...

hmm.. apa yang bestnyer ada blog ni ye... tengok kengkawan sumer ada blog masing2 macam seronok... tu yang cuba create blog sendiri nih.. tapi aku nih tak ler rajin bergambo dan amik gambo cam dorang2 nih... tengok speed, emyfaz, sharifah zurina rajin update blog... cuba2 jek dulu nih.... daa..