Wednesday, December 27, 2006

Sedih, pilu..

Pagi tadi turun minum macam biasa. Tunggu office-mate aku ni kat lobby. Sementara tunggu orang yang menggantikan tempat kawan aku tu turun.. aku baca magazine dulu.. kaunter bawah berdekatan ngan Taska tempat anak aku diletakkan. aku terdengar laa satu tangisan yang amat kuat sekali dan amat familiar sekali... macam sore syira! Tapi malas nak jenguk, sbb masih awal lagi baru 9.30 waktu tu. Daripada kaunter tu boleh nampak suasana kat dalam Taska tuh. Aku nampak baby didukung oleh seseorang then baby tu diletakkan di dalam walker dan walker tu di sepak oleh seseorang itu... aku rasa sedih laa tengok baby tu diperlakukan mcm tu, walaupun hanya dari luar. aku dengar lagi tangisan yang kuat itu, kata hati aku ikutkan, mmg suara anak aku, dan dia lah baby yang diletakkan dalam walker itu... sedihnya hati aku tak terkata... aku rasa mcm nak nangis pun ada.... aku tak penah buat my baby syira mcm tuh... syira nampak je kelibat aku dia terus menangis seolah2 mcm ada sesuatu yang dia nak bagitau... aku terus peluk dia.. sedih sangat..

No comments: