Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 2, 2010

rindunya kat dorang nih.....!!! uwaaaaaaaa... kakak + adik ingat mama tak? rindu mama tak?

Jam = kesesakan jalan raya

dah 2 hari ni, (lepas cuti merdeka) aku pegi keje.. jalan adalah sangat jam... biasalaa tuh kan.... tapi bila dah jam.. maka.. sampai lambat laa kan... hmm tapi kat office ni lambat adalah dikira bermula dari jam 8.06 a.m (waktu ini anda dikira lambat 1 minit) heheheheh... sib baik kan... oh.. lupa nak cerita kenapa jam ek!! jam adalah disebabkan sinaran matahari yang sangat terik... opst 1 lagi... sbb lori2 yang x paham2 bahse.. orang dah kata tak leh lalu.. nak lalu jugak.. itu pasal laa jam... tapi hari ni polis tak de pulak.. dah malas agaknya nak menyaman lori2 itu kot!!

3 ekor !!!

3 ekor? apa yang 3 ekor?? ikan? ayam? kucing? bukan.. semer bukan.. anak2 ada kat umah mak kat seremban skang nih.. 31 hb hari tu htr dorang kat umah mak.. sebab hari ni.. ada undangan bukak pose (office hubby) kat holiday villa.. tapi sangat sedih sbb tak boleh bawak anak2... tu pasal kena tinggalkan dorang kat umah mak... jadi semalam lepas berbuka pose.. hubby ada laa call syira... tanya dia buat apa? lepas tu dia ada laa cakap... ayahh...mama belikan kakak tudung.. kakak dah ada 3 ekor tudung.... warna hitam, pink dengan pink lagi... wakakakakakakakakkka..... kakak oh kakak... hubby pun jawab laa.. kakak tudung kita tak panggil ekor.. tapi helai.. 3 helai...

Wednesday, August 18, 2010

terlajak...

hari ni tak bangun sahur... uwaaa... frust.. sbb apa?? sbb hubby cakap dia nak goreng nasik tuk sahur pagi ni... tapi nasik goreng tinggal nasik aja dalam rice cooker tuh... kenapa terlajak pagi tadi?? sebab... cat bilik kakak (syira) sampai kul 2.00 a.m. abis dah dia sebok sangat dok tanya bila nak cat bilik dia kaler pink.. so misi pun dijalankan malam tadi.. tak sangka bilik sekecik tu pun amik masa yang lama kitaorang nak cat.. sebab kena cat dua kali... second layer baru nampak cantik & smooth (katanya....) abis sudah misi mengecat.. tapi tak kemas lagi bilik tuh.. malam ni pulaks baru nak kemas semula.... sekarang ni status saya adalah mengantuk tahap cipan... chowww.. bos dah nak pegi putrajaya... so boleh laa lelap kejap.. hehhehehehheeh

Friday, July 9, 2010

buhsan!!

yea, yea.. buhsan... dah 2 hari ni.. hari ni hari ketiga.. kalau esok keje mesti aku jadi gila.. sbb tak de keje.. keje ada.. tapi disebabkan aku menunggu report2 x kunjung tiba untuk di compile dalam file mesyuarat, makanya aku tak de keje laa.. jadi aku adalah buhsan sekarang!!!

ikan lagi..

aku mimpi ikan lagi... tapi kali ni tak gigit laa ikan tuh.. apa maknanya ye mimpi nih!! lepas ikan, ikan..

Monday, June 28, 2010

ikan oh ikan

kenapa dengan ikan ek?
alkisahnya.. sabtu malam ahad.. kononnya tido awal sbb esok nak hantar adik aku ke PPUM.. dia dapat belaja kat sana dengan course TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN. eh... dah dah lupakan kisah dia...
jadinya, aku pun tido awal.. kononnya.. pastu entah bila hubby & anak2 tido kat sebelah. AHH biarkan mereka.. aku sangat mengantuk.. dengan tidak semena-mena aku telah didatangi mimpi.. di dalam mimpi itu.. anak aku Insyirah sedang leka bermain2 di tepi air (air apa aku pun tak ingat, laut ke, pantai ke, sungai ke, air terjun ke.. entah laa yang penting dia main kat tepi air laa...) pastu tak semena-mena.. (wah berapa kali nak guna semena2 nih) datang satu ekor ikan nih.. dia leh gigit kepala anak aku (aku tak pasti cara mana dia gigit, tau2 dia dah gigit kepala anak aku) ikan ni besarrrrr sangattttt (besar syira laa) dah dia gigit tu, ikan ni heret anak aku ke dalam air.. aku dengan pantas.. sempat menarik kaki syira.. dah tu ikan tu pun terikut jugak laa sbb dia gigit lagi kepala anak aku nih... aku pukul2 dia tak nak lepas... aku pukul dan pukul dan pukul dia tak lepas jugak... pastu aku geram sangat aku gigit ikan tuh... pastu dia lepas kepala anak aku.... sekian cerita mimpi aku...
insiden keesokan hari (ahad)
malasnya nak bangun.. jam dah bunyik nih... kul 6.00 a.m. tak pe laa jap agi.. tapi tadi mak dah antar sms.. tunggu kat tol batu 3... awal betul mak ni bangun.. tak pe.. kasik can skit nak pejam skit lagik... tetiba dah kul 6.30.. makkkkkkkk... banguuuuuunnnnn semer bangunnnn.. dah lambat nih... nanti atuk ngan wan marah kita lambat sampai.... kita adalah tourist guide yang akan memandu arah ke PPUM itu... sbb atuk tak tau nak ke sana.. kelam kabut bangun tu.. aku telah di sound sebijik oleh hubby ku... "DAH LAA MALAM TADI GIGIT BY" aku terpinga2... "BILA SYG GIGIT BY? MANA ADA?" si hubby pun jawab sambil tunjuk ke bahunya " TAK GIGIT APA? NI TENGOK NI KAT BAHU NIH? TETIBA JE MALAM TADI MUKA RAPAT2 KAT BAHU BY.. PASTU TETIBA JEK RASA CAM GIGI.. RUPANYA KENA GIGIT.. BY PALING TENGOK MMG BETUL SYG GIGIT, BY TONYOH LAA KEPALA SYG, SAKIT TAU" uwaaaaa.. sampai hati tonyoh kepala syg...!!!!! SAH LAA.. HUBBY ADALAH IKAN ITU... YANG TELAH DIGIGIT OLEH AKU....

Thursday, June 17, 2010

sms seorang ayah kepada anak2nya..

Dah 35 tahun ayah bekerja, selama itu rezeki yang ayah dapat kita makan, pakai bersama, pernahkah kau bertanya penatkah ayah? sihatkah ayah? Malah bila ayah bertanya kau tarik muka masam, bukan sekadar senyum, kau tengok muka ayah & mak kau pun dapat pahala apa lagi mencium tangan kami. Ayah mohon maaf di atas kekurangan & kelemahan ayah, tapi syukur kau masih ada kami. kami tak minta balasan, harapan kami jadilah anak yang doanya untuk kami diterima ALLAH.

Monday, June 14, 2010

kenapa?

kenapa ye? kenapa wanita2 zaman sekarang lebih rela memilih suami orang daripada bujang? sudah pupuskan lelaki bujang? atau lelaki2 bujang tak menepati kriteria2 wanita2 bujang? sesetengah nya ada yang mengatakan lelaki yang sudah berkahwin tu banyak experience? experience dari segi apa yang dorang mahukan tuh?? atau lebih jelas lagi.. lelaki yang sudah berkahwin tu.. dah stabil dari segi ekonominya, kewangannya.. itu bagi lelaki yang ber'wang'. kalau yang tak ber'wang' tu pulak.. susah laa nak menjadi pilihan wanita2 bujang kan?? tapi katanya.. cinta itu buta... buta sampai sanggup meruntuhkan rumah tangga yang sudah dibina bertahun2 lamanya.... apa yang kau nampak perempuan? kekayaan dia? duit dia? harta dia? kereta dia? cuba kau buka mata luas2.. buka mata hati kau luas2.. x nampak kah kau.. isteri dan anak2 dia? kenapa mesti dia yang kau kejar? kenapa mesti dia yang kau puja? kenapa mesti dia yang kau sayang? kenapa mesti dia yang kau pilih... pupuskah lelaki bujang di bumi Allah nih? SANGGUPKAH KAU MEMBINA MASJID SETELAH KAU MERUNTUHKANNYA?

Friday, June 4, 2010

salahkah aku merasakan sesuatu di sebalik lagu itu!!

aku jarang2 tengok AF 8 (dah abis dah) penah laa dengar lagu ni.. tapi tak penah hayati lyric nyer.. satu hari terjumpa kat satu blog nih.. lyric lagu budak shahir nih.. sungguh menyentuh hati aku.. sbb mungkin aku ber'masalah' kot... sbb tu terasa sangat hati ni bila aku hayati betul2 lagu nih...
Tak perlu ucapkan sepatah kata kerna lantang terbaca dari muka kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa tak perlulah kita mencuba lagi betulkan kesilapan perhubungan ini bila setiap perbincangan menjadi perbalahan manakah agaknya cinta pasti embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh yang dulunya mekar di sinar suria bila sudah kering, pasti akan gugur seperti cinta kita yang jelas ternyata semakin lama oh semakin rekah menimbulkan tanya apa mungkin kita temu kebahagian dalam perpisahan usah titis air mata kau tangiskan ku dah cukup menampung selautan begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam kerna cuba menafi realiti
mungkin kah aku akan temu kebahagian dalam perpisahan? hakikatnya aku belum bersedia ke arah itu.. hati aku memberontak.. berdosakah aku sebagai seorang isteri merasakan apa yang aku rasa sekarang? tak nak fikir, tak nak fikir... positive.. be positive.. ada kalanya ada ketikanya.. hati ni sangat terguris.. namun tiada yang memahami jiwa dan hati.. cukup laa hati menangis.. puas mata menahan tangis... namun siapa laa aku.. cuma insan ciptaan Allah yang Maha Esa.. kuatkanlah hatiku Ya Allah.... Amin...

Wednesday, April 21, 2010

salah aku ke??

cover letter aku dah buat... MoU + cover letter dah masuk dalam envelope.. dah tulis nama + address atas envelope.. MoU + cover letter aku dah mintak PA hantarkan kepada Unit berkaitan... maknanya tugas aku dah selesai kan.. so aku assume dokumen telah pun dihantar kan... jadi.... SALAH AKU KE KALAU DOKUMEN TU TAK SAMPAI KE ALAMAT TERTERA!!! UWAAAAAAAA

Monday, April 19, 2010

hampir selesai!!!

baru siap buat file tambahan untuk mesyuarat.. tapi blum lagi tag...... sape nak tolonggg.. ada lapanblas file nak kena tag nih..uwaaaaaaaaaaaaaaaa

tOOth fAIry AmIk...

al kisah di hari sabtu yang lepas... iaitu pada 17 April 2010 yang lalu..... hari tu aku tak keje, mr hubby aja yang keje... pepagi dah bertungkus lumus basuh baju.. hehehe (mesin laa yang basuh) aku masukkan baju dalam mesin aja ler... tengah2 mesin pusing... aku basuh laa kasut sekolah kakak.. yakni anak ku yang sulung yang bernama nur insyirah tuh.. berus punya berus punya berus... kakak datang...
kakak : mama, tengok ni.. sakit laa mulut kakak.. gigi nih..
untuk pengetahuan semua gigi kakak yang depan tu mmg retak menanti belah aja...
mama : abis... mama nak buat camana.. takkan kakak nak pegang aja bibir kakak cuba laa kakak tarik... mama takut nak tarik.. nanti kakak sakit...
aku pun biarkan dia kat situ, sambil terus berus dan berus dan berus kasut dia.. kakak : mamaaaaaaaaaaaa.... dah jatuh... mama : apa?? apa yang jatuh?? kakak : gigi kakak... (mmg betul gigi dia dah tertanggal..) mama : ala... kakak dah rongak laaa... kakak terus nangis bila aku cakap dia rongak.. darah pun 2,3 titik aja.. tak banyak... sbb mmg gigi dia dah genting sangat.. ajak g clinik tak nak.. takut.. sudahnya dia yang tanggalkan sendiri.... petang mr hubby pun balik.. diceritakan semua kisah yang berlaku kat atas tuh oleh aku... pabila malam menjelma.. masa tuk tido... selalu kakak akan ayah tidurkan.. si adik merangkap muhammad harraz, aku tidurkan... jadi ini perbualan mr hubby dan si kakak.. mr hubby : kakak, mana gigi kakak? kakak : tooth fairy amik... mr hubby : kenapa pulak tooth fairy amik gigi kakak??? kakak : sbb gigi tu dia nak buat batu cincin... (bleh jawapan si kakak!!!!) mr hubby gelak tak ingat punya.. sib baik mrs mama dah tido tak sedar kediri... kalau tak ada kena pelangkung tengah2 malam ketawa tak ingat.. ganggu ketenteraman tido mrs mama. gambar kakak, mama tak dapat nak snap sbb dia sangat malu ok!!