Monday, June 28, 2010

ikan oh ikan

kenapa dengan ikan ek?
alkisahnya.. sabtu malam ahad.. kononnya tido awal sbb esok nak hantar adik aku ke PPUM.. dia dapat belaja kat sana dengan course TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN. eh... dah dah lupakan kisah dia...
jadinya, aku pun tido awal.. kononnya.. pastu entah bila hubby & anak2 tido kat sebelah. AHH biarkan mereka.. aku sangat mengantuk.. dengan tidak semena-mena aku telah didatangi mimpi.. di dalam mimpi itu.. anak aku Insyirah sedang leka bermain2 di tepi air (air apa aku pun tak ingat, laut ke, pantai ke, sungai ke, air terjun ke.. entah laa yang penting dia main kat tepi air laa...) pastu tak semena-mena.. (wah berapa kali nak guna semena2 nih) datang satu ekor ikan nih.. dia leh gigit kepala anak aku (aku tak pasti cara mana dia gigit, tau2 dia dah gigit kepala anak aku) ikan ni besarrrrr sangattttt (besar syira laa) dah dia gigit tu, ikan ni heret anak aku ke dalam air.. aku dengan pantas.. sempat menarik kaki syira.. dah tu ikan tu pun terikut jugak laa sbb dia gigit lagi kepala anak aku nih... aku pukul2 dia tak nak lepas... aku pukul dan pukul dan pukul dia tak lepas jugak... pastu aku geram sangat aku gigit ikan tuh... pastu dia lepas kepala anak aku.... sekian cerita mimpi aku...
insiden keesokan hari (ahad)
malasnya nak bangun.. jam dah bunyik nih... kul 6.00 a.m. tak pe laa jap agi.. tapi tadi mak dah antar sms.. tunggu kat tol batu 3... awal betul mak ni bangun.. tak pe.. kasik can skit nak pejam skit lagik... tetiba dah kul 6.30.. makkkkkkkk... banguuuuuunnnnn semer bangunnnn.. dah lambat nih... nanti atuk ngan wan marah kita lambat sampai.... kita adalah tourist guide yang akan memandu arah ke PPUM itu... sbb atuk tak tau nak ke sana.. kelam kabut bangun tu.. aku telah di sound sebijik oleh hubby ku... "DAH LAA MALAM TADI GIGIT BY" aku terpinga2... "BILA SYG GIGIT BY? MANA ADA?" si hubby pun jawab sambil tunjuk ke bahunya " TAK GIGIT APA? NI TENGOK NI KAT BAHU NIH? TETIBA JE MALAM TADI MUKA RAPAT2 KAT BAHU BY.. PASTU TETIBA JEK RASA CAM GIGI.. RUPANYA KENA GIGIT.. BY PALING TENGOK MMG BETUL SYG GIGIT, BY TONYOH LAA KEPALA SYG, SAKIT TAU" uwaaaaa.. sampai hati tonyoh kepala syg...!!!!! SAH LAA.. HUBBY ADALAH IKAN ITU... YANG TELAH DIGIGIT OLEH AKU....

Thursday, June 17, 2010

sms seorang ayah kepada anak2nya..

Dah 35 tahun ayah bekerja, selama itu rezeki yang ayah dapat kita makan, pakai bersama, pernahkah kau bertanya penatkah ayah? sihatkah ayah? Malah bila ayah bertanya kau tarik muka masam, bukan sekadar senyum, kau tengok muka ayah & mak kau pun dapat pahala apa lagi mencium tangan kami. Ayah mohon maaf di atas kekurangan & kelemahan ayah, tapi syukur kau masih ada kami. kami tak minta balasan, harapan kami jadilah anak yang doanya untuk kami diterima ALLAH.

Monday, June 14, 2010

kenapa?

kenapa ye? kenapa wanita2 zaman sekarang lebih rela memilih suami orang daripada bujang? sudah pupuskan lelaki bujang? atau lelaki2 bujang tak menepati kriteria2 wanita2 bujang? sesetengah nya ada yang mengatakan lelaki yang sudah berkahwin tu banyak experience? experience dari segi apa yang dorang mahukan tuh?? atau lebih jelas lagi.. lelaki yang sudah berkahwin tu.. dah stabil dari segi ekonominya, kewangannya.. itu bagi lelaki yang ber'wang'. kalau yang tak ber'wang' tu pulak.. susah laa nak menjadi pilihan wanita2 bujang kan?? tapi katanya.. cinta itu buta... buta sampai sanggup meruntuhkan rumah tangga yang sudah dibina bertahun2 lamanya.... apa yang kau nampak perempuan? kekayaan dia? duit dia? harta dia? kereta dia? cuba kau buka mata luas2.. buka mata hati kau luas2.. x nampak kah kau.. isteri dan anak2 dia? kenapa mesti dia yang kau kejar? kenapa mesti dia yang kau puja? kenapa mesti dia yang kau sayang? kenapa mesti dia yang kau pilih... pupuskah lelaki bujang di bumi Allah nih? SANGGUPKAH KAU MEMBINA MASJID SETELAH KAU MERUNTUHKANNYA?

Friday, June 4, 2010

salahkah aku merasakan sesuatu di sebalik lagu itu!!

aku jarang2 tengok AF 8 (dah abis dah) penah laa dengar lagu ni.. tapi tak penah hayati lyric nyer.. satu hari terjumpa kat satu blog nih.. lyric lagu budak shahir nih.. sungguh menyentuh hati aku.. sbb mungkin aku ber'masalah' kot... sbb tu terasa sangat hati ni bila aku hayati betul2 lagu nih...
Tak perlu ucapkan sepatah kata kerna lantang terbaca dari muka kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa tak perlulah kita mencuba lagi betulkan kesilapan perhubungan ini bila setiap perbincangan menjadi perbalahan manakah agaknya cinta pasti embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh yang dulunya mekar di sinar suria bila sudah kering, pasti akan gugur seperti cinta kita yang jelas ternyata semakin lama oh semakin rekah menimbulkan tanya apa mungkin kita temu kebahagian dalam perpisahan usah titis air mata kau tangiskan ku dah cukup menampung selautan begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam kerna cuba menafi realiti
mungkin kah aku akan temu kebahagian dalam perpisahan? hakikatnya aku belum bersedia ke arah itu.. hati aku memberontak.. berdosakah aku sebagai seorang isteri merasakan apa yang aku rasa sekarang? tak nak fikir, tak nak fikir... positive.. be positive.. ada kalanya ada ketikanya.. hati ni sangat terguris.. namun tiada yang memahami jiwa dan hati.. cukup laa hati menangis.. puas mata menahan tangis... namun siapa laa aku.. cuma insan ciptaan Allah yang Maha Esa.. kuatkanlah hatiku Ya Allah.... Amin...