Monday, June 28, 2010

ikan oh ikan

kenapa dengan ikan ek?
alkisahnya.. sabtu malam ahad.. kononnya tido awal sbb esok nak hantar adik aku ke PPUM.. dia dapat belaja kat sana dengan course TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN. eh... dah dah lupakan kisah dia...
jadinya, aku pun tido awal.. kononnya.. pastu entah bila hubby & anak2 tido kat sebelah. AHH biarkan mereka.. aku sangat mengantuk.. dengan tidak semena-mena aku telah didatangi mimpi.. di dalam mimpi itu.. anak aku Insyirah sedang leka bermain2 di tepi air (air apa aku pun tak ingat, laut ke, pantai ke, sungai ke, air terjun ke.. entah laa yang penting dia main kat tepi air laa...) pastu tak semena-mena.. (wah berapa kali nak guna semena2 nih) datang satu ekor ikan nih.. dia leh gigit kepala anak aku (aku tak pasti cara mana dia gigit, tau2 dia dah gigit kepala anak aku) ikan ni besarrrrr sangattttt (besar syira laa) dah dia gigit tu, ikan ni heret anak aku ke dalam air.. aku dengan pantas.. sempat menarik kaki syira.. dah tu ikan tu pun terikut jugak laa sbb dia gigit lagi kepala anak aku nih... aku pukul2 dia tak nak lepas... aku pukul dan pukul dan pukul dia tak lepas jugak... pastu aku geram sangat aku gigit ikan tuh... pastu dia lepas kepala anak aku.... sekian cerita mimpi aku...
insiden keesokan hari (ahad)
malasnya nak bangun.. jam dah bunyik nih... kul 6.00 a.m. tak pe laa jap agi.. tapi tadi mak dah antar sms.. tunggu kat tol batu 3... awal betul mak ni bangun.. tak pe.. kasik can skit nak pejam skit lagik... tetiba dah kul 6.30.. makkkkkkkk... banguuuuuunnnnn semer bangunnnn.. dah lambat nih... nanti atuk ngan wan marah kita lambat sampai.... kita adalah tourist guide yang akan memandu arah ke PPUM itu... sbb atuk tak tau nak ke sana.. kelam kabut bangun tu.. aku telah di sound sebijik oleh hubby ku... "DAH LAA MALAM TADI GIGIT BY" aku terpinga2... "BILA SYG GIGIT BY? MANA ADA?" si hubby pun jawab sambil tunjuk ke bahunya " TAK GIGIT APA? NI TENGOK NI KAT BAHU NIH? TETIBA JE MALAM TADI MUKA RAPAT2 KAT BAHU BY.. PASTU TETIBA JEK RASA CAM GIGI.. RUPANYA KENA GIGIT.. BY PALING TENGOK MMG BETUL SYG GIGIT, BY TONYOH LAA KEPALA SYG, SAKIT TAU" uwaaaaa.. sampai hati tonyoh kepala syg...!!!!! SAH LAA.. HUBBY ADALAH IKAN ITU... YANG TELAH DIGIGIT OLEH AKU....

No comments: