Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, November 25, 2011

Buat Seorang Sahabat..


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Berdoalah setiap hari,"Ya ALLAH Ya Tuhanku, peliharalah aku terhadap agamaku dengan duniaku, dan terhadap akhiratku dengan taqwa. Peliharalah daku terhadap apa yang telah berlalu dan janganlah Engkau bebankan aku dengan apa yang akan mendatang. Betapa banyaknya nikmat yang Engkau curahkan ke atasku terasa kurangnya syukurku terhadapMu, betapa dari ujianMu ke atasku namun terasa kurang kesabaranku. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pemberian ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."
- ANDAINYA LELAKI TAHU -

Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang perempuan,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..
kadangkala lepas hilang CINTA MANUSIA, kita jumpa CINTA ALLAH SWT.. Setelah dizalimi manusia, kita rasai adilnya Allah swt.. Selepas sesat dalam gelap, kita hargai cahaya yang malap.. Tatkala hati keresahan, kita hargai erti ketenangan.. Bila ditimpa musibah, kita tahu kesabaran itu indah.. Saat hidup dalam kekurangan, kita yakin kesyukuran itu mencukupi.. Benarlah, setelah datang malam yang gelap gelita, baru terlihat bintang di mata..
"Subhanallah"
Sahabat..
aku tahu aku tidak layak untuk menasihatimu.. diriku, kehidupanku, agamaku juga belum cukup sempurna.. cuma apa yang ingin aku mahu kau tahu.. aku akan sentiasa ada disitu, ditempat kau inginkan/memerlukan aku..
Setiap kita yang hidup di bumi Allah ni, punya masalah tersendiri.. sabarlah selagi kau boleh bersabar.. Allah tidak akan menguji diluar kemampuan umatnya.. Allah menguji kesabaranmu sahabat.. selama mana kau boleh bersabar dengan ujiannya.. Sabar tu kan separuh daripada iman.. sabar tu indah sebenarnya sahabat...
Muhasabah lah dirimu sahabat.. kenapa kau diuji? berdoa lah kepada Allah.. seandainya kau di pihak yang benar, tunjukkanlah kepada 'dia', seandainya kau dipihak yang tidak benar, maka mohonlah pada Allah tunjukkan padamu jalan kebenaran/penyelesaian..

Wednesday, November 23, 2011

Annual Concert & Graduation Day Tadika Hana Alam Bistari

Last Saturday, 19th Nov 2011, Dewan Gemilang, SKPA 2.. 

Pagi2 hari kakak syira dah kejutkan mama, ayah, adik.. dia kata concert dia hari ni.. bukan mama x tau.. mama dah bangun pun.. lepas subuh saja baring2 semula... kakak kalau ada je hal yang berkaitan dengan dia.. mula laa dia kelam kabut.. cam laa retis sesangat.. kami pun siap2, jam 8.30 pagi dah terpacak kat Dewan Gemilang (ye ke nama dewan tu, x berapa pasti).. cikgu2 pun masih dalam proses persiapan lagi..

Dalam jam 9 pagi, acara pun bermula.. concert kakak  syira dan adik harraz adalah antara concert terawal.. well walaupun adik harraz tak school lagi (eh adik ke? abg to be sepatutnya).. tapi buat concert u all.. kakak syira 5yo, harraz 3yo.. 

concert kakak adalah english dance (twist)... kelas anak mama dancing.. mama mmg hover.. xcited terlebih.. harraz pulaks.. choir.. lebih kurang gitu laa.. hari2 nyanyi kat umah, dalam kete, tengah mandi.. time makan, b4 tdo.. sampai mama pun hafal that song..

saya seekor gajah, dihutan sunyi..
mencari kawan-kawan, sambil menari..
lenggang3x ke kanan, lenggang3x ke kiri (2x)
saya seekor tikus, dilubang kecil..
mencari kawan, sambil menari..
jengket3x ke kanan, jengket3x (2x)


Acara kemuncak adalah penyampaian scroll pada student 6yo.. dan kedudukan student dalam kelas... ni nak citer skit nih.. masa exam awal tahun itu hari kakak syira cuma dapat no 4 dalam kelas dia.. 5 Venus... since that.. mama selalu pesan dengan kakak syira... kalau kakak nak naik stage amik present.. kakak kena dapat no 1-3 je.. sbb no 4 x kan dapat hadiah... maklumlaa anak mama ni giler glamer skit... asal ada test kat school jek, mama pesan.. tiap-tiap hari mama pesan.. tapi ye laa kan.. budak2 ni.. katanya baru tadika.. tapi  mama ni pulak jenis x kira.. tadika ke, primary ke, study gaks.. tapi ada dia kesah.. balik umah perkara pertama bukak tv.. tukar channel cartoon... esok pagi b4 g school baru sebok bagi tau ada homework... baru terhegeh2 nak buat.. kan dah carik pasal ngan mama tu namanya... asal pagi je paksa mama bebel.. mama rela aja bebel sentiasa.. ayah pulak yang x tahan nak dengar..


ok melalut terlebih.. berbalik pada citer kakak syira tadi... masa di announce kedudukan tuk class 5 venus tu.. mama cam relax jek sbb ayah dah bagi sign yg kakak syira dapat no 3.. mana ayah dapat info pun mama x tau.. sekali dia announce.. for the 1st place dalam class 5 venus... NUR INSYIRAH BTE SAZALI.. sekali mama pandang ayah, ayah pandang mama.. menitik air mata seorang ibu nih.. terharu mama.. sungguh2 terharu.. kakak dengar rupanya setiap bebelan mama tuh... Alhamdulillah ya Allah..


acara abis dalam kul 11 lebih.. balik umah terus membongkang tido anak beranak.. ayah jek yang g keje... 


daa...