Friday, November 25, 2011

Buat Seorang Sahabat..


Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Berdoalah setiap hari,"Ya ALLAH Ya Tuhanku, peliharalah aku terhadap agamaku dengan duniaku, dan terhadap akhiratku dengan taqwa. Peliharalah daku terhadap apa yang telah berlalu dan janganlah Engkau bebankan aku dengan apa yang akan mendatang. Betapa banyaknya nikmat yang Engkau curahkan ke atasku terasa kurangnya syukurku terhadapMu, betapa dari ujianMu ke atasku namun terasa kurang kesabaranku. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pemberian ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."
- ANDAINYA LELAKI TAHU -

Andainya lelaki tahu,
Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu,
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,

Andainya lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,

Kerana andainya lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang perempuan,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..
kadangkala lepas hilang CINTA MANUSIA, kita jumpa CINTA ALLAH SWT.. Setelah dizalimi manusia, kita rasai adilnya Allah swt.. Selepas sesat dalam gelap, kita hargai cahaya yang malap.. Tatkala hati keresahan, kita hargai erti ketenangan.. Bila ditimpa musibah, kita tahu kesabaran itu indah.. Saat hidup dalam kekurangan, kita yakin kesyukuran itu mencukupi.. Benarlah, setelah datang malam yang gelap gelita, baru terlihat bintang di mata..
"Subhanallah"
Sahabat..
aku tahu aku tidak layak untuk menasihatimu.. diriku, kehidupanku, agamaku juga belum cukup sempurna.. cuma apa yang ingin aku mahu kau tahu.. aku akan sentiasa ada disitu, ditempat kau inginkan/memerlukan aku..
Setiap kita yang hidup di bumi Allah ni, punya masalah tersendiri.. sabarlah selagi kau boleh bersabar.. Allah tidak akan menguji diluar kemampuan umatnya.. Allah menguji kesabaranmu sahabat.. selama mana kau boleh bersabar dengan ujiannya.. Sabar tu kan separuh daripada iman.. sabar tu indah sebenarnya sahabat...
Muhasabah lah dirimu sahabat.. kenapa kau diuji? berdoa lah kepada Allah.. seandainya kau di pihak yang benar, tunjukkanlah kepada 'dia', seandainya kau dipihak yang tidak benar, maka mohonlah pada Allah tunjukkan padamu jalan kebenaran/penyelesaian..

No comments: