Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 29, 2007

Insyirahku sayang

Friday baru2 nih mak, ayah & eddy datang umah.. nak tengok cucu & anak sedara kesayangan dorang.. sabtu aku keje so tinggalkan syira kat umah.. dia langsung tak nak ikut kitaorang pegi keje.. melekat jek kat atuk dia...
malam tu pegi amik atuk (mak kepada my mum) kat umah cik la kat klang perdana, bawak dia g makan2 kat restaurant vicchuda kat damansara (kat uptown lama). esoknya, ayah nak carik barang elektrik skit so bawak dia g kat sunway sbb kat situ ada buat warehouse barang2 elektrik... tapi sayangnya barang yang dicari abis... terus aja ke mydin subang jaya... hmm.. jalan2 kat situ, carik barang2 skit & nak bawak atuk jalan2 sebenarnya.... kat atas tu sempat snap 2 pics masa anak aku naik that animal.. punya laa dia suka... melayang RM3.. tak pe laa untuk syira segalanya mama sanggup.. daripada mydin terus ke Carrefour subang pulak... mencari barang yang ayah aku nak tuh... ada pulak, terus aja beli... pastu terus balik umah... masak utk tengahari... mak & ayah balik dalam kul 4.00 pm. lepak2 kat umah lagi.. kul 6.00pm baru antar atuk balik ke klang perdana... makan malam kat umah cik la.. terus balik umah.. solat & terus tido... penat rasanya semalam....
this are few pics masa pegi giant last 2 weeks.

Thursday, January 18, 2007

dah dua malam berturut2 aku mimpi yang buruk sangat.. mungkin pada orang lain tak laa kot.. tapi pada aku kalau benar2 terjadi mmg sesuatu yang amat teruk dan buruk sekali... last 2 nite aku mimpi anak aku, last nite aku mimpi hubby aku. aku mimpi anak aku kena patuk ngan ular... selalu orang mimpi ular ni nak kawin kan?? takkan anak aku yang masih kecik lagi tu nak kawin... entah lah confuse aku.. apa pun mimpi hanyalah mainan tido.. hubby aku pulak... susah nak citer kat sini... tapi mmg nightmare laa.. hope so, ini cuma mainan tido & syaitan yang cuba mengganggu ketenteraman rumahtangga kami..
dengan cik eddy, kat wet world shah alam, teruja sangat dia main air waktu tuh.
masa baru2 sampai.. takut jugak dia memula tuh.. ye laa selalu mandi dalam besen jek.. tetiba ada banyak air pulak keliling dia...

Friday, January 12, 2007

semalam lepas kerja singgah giant kejap... beli barang dapur skit.. dah kehabisan stock. Pics ni di amik semasa on the way balik ke umah, syira dah kepenatan dan terus ketiduran dengan muka yang agak comot sbb makan cococrunch.

JOM KE ZOO!!

pics ni semua di ambil masa pegi zoo akhir tahun lepas.. cuti krismas masa tuh!

Tuesday, January 9, 2007

4/1 hari tu aku cuti... so tak de laa buat apa2 kat umah. mmg ada plan nak keluar sbb nak beli pampers syira dah abis stock terus!! Syira dah siap mandi.. mama pun dah mandi.. tapi ayah tuh lepak lagi depan tv.. bengang tul!!!

lambat betul laa ayah ni siap.. kata nak g jalan2!!

ni kat level 4, sogo.. masa tu nak tukar pampers dia.. ada laa pulak menda alah ni kat dalam tuh.. mula la bising mulut dia, bila dah bagi naik cam biasa laa... jd takut laa pulak!!

elephant ni dapat masa beli pampers syira... suka sangat dia ngan elephant ni... 10 minit lepas tu dicampak nyer elephant ni ntah ke mana2.. dia ni mmg cepat boring ngan satu2 benda!!
pic ni di ambil malam raya aidiladha hari tu... syira xcited nak balik kg jumpa wan & atuk kesayangan dia..

yang bagusnya syira nih... sepanjang perjalanan balik ke serting tu dia tido jek.. bagusss anak mama. raya tu x de buat apa2 cuma pagi selepas sembahyang raya tu, kami ramai2 bakar sate sambil makan sate.. termasuk laa si syira sekali..

Monday, January 8, 2007

X MAU BERULANG LAGI..

Dah lama rasanya x menulis apa2 kat blog nih. Last week, my baby syira x sihat so 2 hari aku tak datang keje. Tangan dia (from pergelangan tangan - jari) jadi bengkak. sama jugak ngan kaki dia. i dunno y. Wednesday tu ingat baru laa nak start keje selepas cuti yang agak lama tuh (4 hari jerk padahal). Dalam kul 10.30 dapat call from taska dia.. kata tangan dia bengkak so suruh aku turun tengok.. ternyata mmg bengkak dan agak kebiruan.. hubby aku suh bawak g clinic kat area sini jerk.. tapi aku tak nak.. sbb aku nak puaskan hati aku kenapa anak aku jd cenggitu aku bawak dia kat tempat hubby aku keje (balakong) sbb kat situ ada satu clinic pakar, lagipun syira pun ada record kat situ. sampai jerk situ terus bawak g clinic, nasib orang x ler ramai sangat.. sampai turn syira, doc pun check.. dia kata lung, heart anak aku normal, doc kata kalau sbb buah pinggang mata dia pun mesti turut bengkak. Doc tu pun agaknya nampak aku cam tak berapa puas hati, dia suh buat urine test, punyalah seksa aku nak nyuruh si syira tu kencing... puas laa aku syyy, syyy... dia tak nak jugak! nurse tu siap bagi bowl suh dia kencing.. syira laks pelik tengok bowl tuh.. agak lama jugak ler aku nak suh dia kencing tuh... setelah di check urine dia, doc kata normal.. don't worry x de apa2... dia kata maybe allergic makan.. so doc kasik ubat allergic.. aku terus balik umah, tido kan dia... aku pun mengemas ler umah skit, dia bangun aku kasik makan... masa makan tu aku nampak kenapa anak aku nih lain macam sangat... dia nyer lip turn into blue.. aku menangis tak ingat ler.. call hubby aku... dia suh aku g umah kakak dia kat meru... hubby aku pun on the way ke meru.. dalam kete tu aku nangis jek... tapi baby aku ni biasa jek.. main2 cam biasa... mcm tak sakit apa2! aku call my mum kat serting bagi tau dia... mak aku pun apa lagi sama laa teriak gaks ngan aku... sampai umah kakak ipar aku... tunggu hubby aku sampai... pegi laa cuba alternative lain... jumpa laa somebody yang pandai berubat nih... dia kata anak aku "KETEGUR" ada yang berkenan... so diberinya laa air buat mandi... Thursday tu pun aku dan hubby cuti bersama2 menjaga baby kami tuh... keluar jugak ler hari tuh sbb pampers dia dah abis... balik dalam kul 5.30, bagi dia makan cam biasa... then jadi lagi benda yang sama, tangan dia, bibir dia turn into blue... hubby aku terus suh siap2 pegi umah kakak dia lagi... then pegi jumpa sorang "paman" nih... kat situ syira serasi agaknya... dah baik dah dia sampai sekarang!! Alhamdulillah.. kata paman tuh kat area umah aku nih.. lagipun tempat baru katanya... satu lagi orang bawah umah aku tak berapa menjaga kebersihan, lalang dah paras lutut, pampers anak buang gitu aje.. LEGA HATI AKU MY BABY SYIRA DAH SIHAT.