Saturday, December 8, 2007

rambut baru!!!

rambut syira sedang dipotong!!
rambut sebelum dipotong! ini laa rambut baru saya!
hari rabu lepas.. aku emergency leave sbb syira x berapa sihat.. ayah dia pun sama emergency gaks... dalam kul 11.00 lebih kitaorang keluar pegi settlekan bill2 yang belum tersettle... pastu g jusco ioi mall puchong.. makan kat situ.. then singgah kelana jaya sbb hubby kata dia nak potong rambut.. masa tu pun syira tengah tido.. tengah potong rambut tuh.. syira pun bangun... so ayah dia tanya dia nak potonga rambut tak?? dia angguk.. letakkan dia atas kerusi pakaikan apa yang patut dan mamak tu pun mula kan laa kerja dia.. syira pun diam aja masa digunting rambut tuh.. elok pulak tuh.. dia tengok aja muka dia kat cermin besar tuh.. tersengih2..
hubby dah banyak kali cakap nak potong rambut syira nih.. tapi dia tak bawak2 juga... mana taknya.. kalau dia bangun tido.. pastu terus nak bukak tv... berdiri depan tv.. satu apa pun tak nampak.. sbb kan rambut dia tuh.. kembang tul... ayah dia kata nak tengok tv kene tengok celah2 rambut syira.. pastu ayah dia suka usik syira.. dia kata nyamuk pun sesat dalam rambut syira nih.... dah laa kembang.. bila kita ikat dia bukak balik... ni dah potong rambut dia nampak laa elok & kemas skit... sayang tu mmg laa sayang... tapi lambat atau cepat rambut dia akan panjang juga nanti...