Tuesday, February 6, 2007

FAMILY DAY - PENGKALAN BALAK

Last week, salah satu club kat ANGKASA ni buat family day kat melaka, pengkalan balak. Ok laa aktiviti kat sana... bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.00 a.m. sampai kat melaka lebih kurang jam 12.15 p.m. kami terus ke muara beach resort untuk lunch. Afrer lunch pegi check in di Ismah Beach Resort. Rehatkan diri.. hubby aku bantai tido, syira pun sama, aku pulak layan citer hindustan tapi tak tau kesudahannya apa sebab tv dah tengok aku. Lepas solat asar, pegi minum petang di Muara Beach Resort, makan mee kuah... hmmm sedaappnya.. terasa udang geragau dia.. pastu bawak si kecik tu main air.. petang tu tak ada acara apa2 cuma yang ada teka gula2, kacang, kuaci. Makan malam pun dia Muara, ada barbeque malam tuh, macam2 ada.... sotong, udang, ikan pari, ikan kembong, kerang & kambing... hubby aku giler makan kambing.. aku makan ikan pari & kembong aja.. yang lain tu bukan tak nak makan, tapi dah tak boleh nak isi lagi.. kenyang yang teramat kenyang... alhamdulillah.. malam ada acara musical chair.. aku masuk.. tapi aku peserta pertama keluar... depan belakang aku orang2 big size.. aku tak cukup besar nak berebut kusi tuh.. hubby aku malam tu layan karaoke.. balik ke bilik lebih kurang dalam jam 12.00 a.m. esok nya acara kemuncak... iaitu lucky draw.... pagi tu jugak ada acara bola tampar pantai.. hubby aku join and team dorang menang... pastu kami anak beranak berendam kat dalam laut.. syoknya.. paling syok sekali syira laa...

ni no bilik kami di Ismah Beach Resort

syira teruja sangat... tapi masa ni tak kasik mandi lagi.. sbb dah petang sangat... celup2 jek kaki dia kat air
lepas balik dari minum petang dan main air di pantai.. lepak2 depan bilik... " berat betul laa botol 100+ ni mama, tak kuat syira nak angkat!" lepaskan jugak kemaruk si syira ni.. mandi laut... tapi masa ni dia ngan kawan aku, kak mazni... sbb masa tu poket suar aku penuh ngan barang, ada hp, dan mcm2 lagi... masa tu hubby tengah main bola tampar pantai.. aku laks tak sabar2 nak mandi laut gaks... lepas jek hubby abis main bola tampar pantai kami berdua terus terjun ke laut bersama2 ngan anak kesayangan kami... Nur Insyirah

No comments: