Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, December 8, 2007

rambut baru!!!

rambut syira sedang dipotong!!
rambut sebelum dipotong! ini laa rambut baru saya!
hari rabu lepas.. aku emergency leave sbb syira x berapa sihat.. ayah dia pun sama emergency gaks... dalam kul 11.00 lebih kitaorang keluar pegi settlekan bill2 yang belum tersettle... pastu g jusco ioi mall puchong.. makan kat situ.. then singgah kelana jaya sbb hubby kata dia nak potong rambut.. masa tu pun syira tengah tido.. tengah potong rambut tuh.. syira pun bangun... so ayah dia tanya dia nak potonga rambut tak?? dia angguk.. letakkan dia atas kerusi pakaikan apa yang patut dan mamak tu pun mula kan laa kerja dia.. syira pun diam aja masa digunting rambut tuh.. elok pulak tuh.. dia tengok aja muka dia kat cermin besar tuh.. tersengih2..
hubby dah banyak kali cakap nak potong rambut syira nih.. tapi dia tak bawak2 juga... mana taknya.. kalau dia bangun tido.. pastu terus nak bukak tv... berdiri depan tv.. satu apa pun tak nampak.. sbb kan rambut dia tuh.. kembang tul... ayah dia kata nak tengok tv kene tengok celah2 rambut syira.. pastu ayah dia suka usik syira.. dia kata nyamuk pun sesat dalam rambut syira nih.... dah laa kembang.. bila kita ikat dia bukak balik... ni dah potong rambut dia nampak laa elok & kemas skit... sayang tu mmg laa sayang... tapi lambat atau cepat rambut dia akan panjang juga nanti...

Tuesday, November 27, 2007

lama betul tak jenguk blog.. tak de citer nak di ceritakan.. lagi2 pulak skang ni... malas betul nak menaip.. sejak preggy ni.. malas menjadi2.. skang dah 17+ weeks.. syira pun semakin laa notty nyer.. ada aja pekerjaaan baru yang dibuat hari2... last 2 weeks, taska dia call.. bagi tau dia gigit orang.. gigit hidung laks tuh.. hmm tapi dah tau apa sebab dia gigit boy tuh.. boy tu tumbuk dia.. then dia pun membalas laa balik... tapi takut jugak laa dengarnya.. mana laa tau hilang pulaks hidung anak orang nanti.. skang ni tengah ajar dia menerima kehadiran orang baru... agak sukar jugak laa mula2 tuh.. dia agak jeles.. tak boleh ayah dia pegang aku.. terus aja dia pukul tangan ayah dia.. then pukul aku.. pedih tul pukulan dia tuh.. dari dulu sampai skang dia mmg tak leh tengok kalau ayah dia hug aku... jeles cam laa ayah dia tu bf dia... kemain lagi jelesnya.. dia nak ayah dia hug dia aja.. kalau nak hug mama kena hug dia jugak.. syira pun kalau nak hug kene dua2 sekali.

skang ni aku senang skit laa... nak susu, ayah... nak tido, ayah.. nak mandi, ayah... cuma bila ayah belum balik keje aja aku kene laa buat semer tuh... tapi syira cukup senang.. nak makan sendiri.. amikkan je laa nasi + apa2 lauk.. dia makan laa sendiri... makan pulak tak memilih.. senang aku x yah masak banyak2 lauk.. paling suka makan cheese... sekali hadap 3 keping + air jejen dia (vitagen)

aku laks preggy kali ni agak teruk skit.. mabuk teruk.. dulu masa syira aku tak rasa semer nih.. masa syira dulu steady aja.. pegi keje pun rajin aja.. tapi kali ni dengan mabuk.. malasnya... letih aku.. pastu dah dipesan oleh doc tak leh buat keje2 berat.. doc siap nak kuarkan satu surat tuk my hubby yang aku tak leh buat keje2 berat.. tapi aku cakap kat doc.. tak payah laa nanti aku bagi tau sendiri... till now aku masih lagi rasa mabuk2 tuh tapi dah kurang laa skit..

hmm stop dulu.. ada keje menanti.. daa..

Wednesday, August 15, 2007

dah lama tak post apa2 news kat blog... malas nak menaip... well nak menaip satu cerita...
semalam.. my lovely daughter jatuh... aku tengah lipat kain.. pastu dia pun cam biasa pun sebok nak lipat gaks... aku lipat kain kat atas coffee table.. since dia dah sebok2 menolong menyepahkan kain baju aku tuh aku biarkan je laa.. pastu dia datang kat aku nak duduk celah2 kaki aku.. pastu entah camne ntah dia terantuk kat meja... tak de laa bunyi kuat terantuk tuh.. aku terus peluk dia ke bahu... bebel laa skit pada dia.. dah tu aku tengok kat baju aku dah penuh darah.... apa lagi... makcik pun panic laa... terus tengok kat mulut dia... aku amik tisu lap bibir dia.. tak de pulak darah.. tapi darah still kuar lagi.. tengok kot2 gigi dia patah ke apa ke.. tak jumpa jugak punca darah tu dari mana... aku nangis tak ingat laa... pastu aku pujuk dia bukak mulut dia.. mmg ler payah dia nak bukak mulut dia... aku baringkan dia.. suh dia bukak mulut lagi.. dia bukak skit.. aku nampak ada satu lubang kat lidah dia.. dan dari situ laa darah kuar tak benti2.... lagi laaa makcik panic... nangis lagi... pastu kuar laa satu iklan baby... anak aku leh bangun dan joget dulu.. pastu sambung balik baring & nangis... sementara dia sambung nangis tuh.. aku dial hubby aku tak dapat.. pastu aku taruk je laa hp tu kat tepi.. mana laa tau hp tu redialling... aku pun tak perasan.. hubby aku dengar sore aku nangis and syira too... dia pun panic... satu malaya dia call... sampai mak aku pun dia call.. dah laa rumah aku semalam dikunjungi orang ramai... syira dah ok... dia makan cam biasa, minum susu cam biasa... lega hati aku.... that's all 4 now... ada keje nak buat..

Wednesday, June 13, 2007

Eye On Malaysia

hari minggu lepas pegi Taman Tasik Titiwangsa.. ada beberapa keping pics di bawah yang telah di snap semasa berada di sana sempena Jom Makan2 M'sia..
ticket eye on malaysia.. RM 30 tuk 2 orang.. syira tak yah bayar sbb blum cukup umur... syira memula tu xcited naik eye on malaysia tuh... tapi bila dah 4 masuk 3 round dia dah boring... semernya 6 round.. naik pening kepala aku.. rasa cam loya laks bila dah turun tuh.. aku yang tak penah gayat pun leh jadi gayat.. napa ntah...
kat pesta jom makan2 tu macam2 makanan ada... kami cuma makan mee bandung muar aja.. hmm kuah dia mmg kaw.. pekat giler.. syira laks makan nasi impit... terjerit2 dia main playground kat sana... suka sangat sbb ramai sangat orang hari tuh... k laa buat masa ni... ada kerja melambak sedang menanti.. daaa...

Friday, June 8, 2007

sedih...

berita yang baru saja ku dengar bagaikan bongkah besar menghempap kepala, otak dan benakku... benarkah perkara ini berlaku... seandainya aku mampu mengawal & menghalang... tapi benarkan berita itu? kesahihan berita ini hanya akan diketahui setelah "dia" pulang.. benarkah? betulkah? aku tak mampu dan tak boleh luahkan pada insan bernama manusia... hanya kepada blog tercinta ini sahajalah tempat ku meluahkan perasaan.. kerana janji.. janji harus ku genggam erat.. janji harus ku simpan, ku tanam dalam2 lubuk hatiku... Ya Allah.. jauhkanlah "dia" dari segala kejahatan... berikanlah "dia" kekuatan... berikanlah "dia" kewarasan fikiran dalam membuat keputusan.. Ya Allah bantulah "dia" ya Allah....

Wednesday, June 6, 2007

!

selamat pagi...
dah 8 hari aku lalui kehidupan di tempat kerja dengan penuh kebosanan sbb boss aku pegi UMRAH.. minggu depan baru masuk keje balik! boring laa kalau boss tak de nih... tak tau nak buat apa... ke hulu ke hilir... entah apa2 ntah yang aku buat sepanjang 8 hari ni.. semalam jek rasanya buat keje berpekdah skit... buat card utk hubby sempena Father's Day.. aku mintak my sweet lil' gal bagikan card kat ayah dia... dia kasik kat ayah dia pastu dia lari + malu2 and senyum2 sendiri...
Penyakit bulanan datang menyerang.. dan tahap ketidaksabaran ku semakin menjadi2.. aku mohon pada Allah setiap hari.. berilah aku kesabaran dalam mendidik anakku & melayan karenah suamiku... aku mohon sangat2 pada-Mu ya Allah..
Insyirah semakin hari semakin ligat.. berjalan tanpa henti tanpa brake.. langgar meja ke, langgar dinding ke, tergolek + tertonggeng ke dia tak amik peduli... yang penting dapat jalan sana sini.. dapat sepahkan umah sampai umah jadi tongkang pecah, mama yang tak sabar ni asyik memetir + memanah... ayah jugak yang kena kemas umah... hehehe... by, kau lah satu-satunya insan yang cukup memahami diriku..
semalam sementara tunggu by amik, aku lepak kat taska syira... macam2 aku tengok karenah dia... yang paling aku geram dia pandai carik gaduh ngan budak umur 3 thn!!! Syira tarik rambut dia... pukul2 dia.. pastu dapat berita yang kurang enak daripada cikgu dia... syira gigit orang!!! gigit budak lelaki umur 3 thn jugak!! Ya.. Allah.. tak terkata apa mama jadinya...
skang ni pulak.. pantang ayah dia sebut 50/50 mesti dia mengepak nak terbang ( semer sbb iklan DIGI). Pengaruh iklan ni cukup kuat buat anak2 yang baru nak membesar dan suka meng'explore'.
Cukup laa dulu buat masa nih... ngantuk pulaks!

Wednesday, May 30, 2007

2nd anniversary!

28 may hari tuh genap laa 2 tahun aku berumah + tangga bersama suamiku..!!
Malam tu cuma keluar makan saja kat jusco balakong... makan kat Johnny! Dapat hadiah jam tangan.. ermm.. dah lama tak post apa2 kat blog.. bz sesangat... skang ni pulak tak berapa sihat.. flu..
syira lak dah semakin besar.. makan banyak tapi badan maintain.. dah pandai merajuk.. dah pandai panjat2 aquarium.. masuk bawak rak tv.. hmm.. hari ni pulak dah pandai tunjuk penumbuk kat cik eddy dia!!! terkezut giler aku... entah mana dia belajar!! skang ni pantang tengok aku pakai lipstick mesti dia ulur bibir dia tuh... nak jugak melawa..!! syira skang cukup takut ngan spiderman.. nampak jek gambo spiderman mesti dia tepuk2 dada dia.. and sebut isy.. isy.. isy.. menandakan dia takut... kalau dia terkejut pun dia akan tepuk2 + urut2 dada dia... itupun aku tak tau mana dia belajar... kalau nampak masjid atau dengar azan dia akan cakap syyy.. suh diam... pastu nanti dia akan sujud... ermmm makin hari makin banyak karenah dia... aku ni tahan+sabar je ngan perangai anak dara sorang nih...
k laa.. flu semakin menjadi2.. ada masa dan ketika.. akan aku postkan lagi sesuatu ke blog ini!!! daaaa..