Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 6, 2007

FAMILY DAY - PENGKALAN BALAK

Last week, salah satu club kat ANGKASA ni buat family day kat melaka, pengkalan balak. Ok laa aktiviti kat sana... bertolak dari rumah lebih kurang jam 10.00 a.m. sampai kat melaka lebih kurang jam 12.15 p.m. kami terus ke muara beach resort untuk lunch. Afrer lunch pegi check in di Ismah Beach Resort. Rehatkan diri.. hubby aku bantai tido, syira pun sama, aku pulak layan citer hindustan tapi tak tau kesudahannya apa sebab tv dah tengok aku. Lepas solat asar, pegi minum petang di Muara Beach Resort, makan mee kuah... hmmm sedaappnya.. terasa udang geragau dia.. pastu bawak si kecik tu main air.. petang tu tak ada acara apa2 cuma yang ada teka gula2, kacang, kuaci. Makan malam pun dia Muara, ada barbeque malam tuh, macam2 ada.... sotong, udang, ikan pari, ikan kembong, kerang & kambing... hubby aku giler makan kambing.. aku makan ikan pari & kembong aja.. yang lain tu bukan tak nak makan, tapi dah tak boleh nak isi lagi.. kenyang yang teramat kenyang... alhamdulillah.. malam ada acara musical chair.. aku masuk.. tapi aku peserta pertama keluar... depan belakang aku orang2 big size.. aku tak cukup besar nak berebut kusi tuh.. hubby aku malam tu layan karaoke.. balik ke bilik lebih kurang dalam jam 12.00 a.m. esok nya acara kemuncak... iaitu lucky draw.... pagi tu jugak ada acara bola tampar pantai.. hubby aku join and team dorang menang... pastu kami anak beranak berendam kat dalam laut.. syoknya.. paling syok sekali syira laa...

ni no bilik kami di Ismah Beach Resort

syira teruja sangat... tapi masa ni tak kasik mandi lagi.. sbb dah petang sangat... celup2 jek kaki dia kat air
lepas balik dari minum petang dan main air di pantai.. lepak2 depan bilik... " berat betul laa botol 100+ ni mama, tak kuat syira nak angkat!" lepaskan jugak kemaruk si syira ni.. mandi laut... tapi masa ni dia ngan kawan aku, kak mazni... sbb masa tu poket suar aku penuh ngan barang, ada hp, dan mcm2 lagi... masa tu hubby tengah main bola tampar pantai.. aku laks tak sabar2 nak mandi laut gaks... lepas jek hubby abis main bola tampar pantai kami berdua terus terjun ke laut bersama2 ngan anak kesayangan kami... Nur Insyirah

Monday, January 29, 2007

Insyirahku sayang

Friday baru2 nih mak, ayah & eddy datang umah.. nak tengok cucu & anak sedara kesayangan dorang.. sabtu aku keje so tinggalkan syira kat umah.. dia langsung tak nak ikut kitaorang pegi keje.. melekat jek kat atuk dia...
malam tu pegi amik atuk (mak kepada my mum) kat umah cik la kat klang perdana, bawak dia g makan2 kat restaurant vicchuda kat damansara (kat uptown lama). esoknya, ayah nak carik barang elektrik skit so bawak dia g kat sunway sbb kat situ ada buat warehouse barang2 elektrik... tapi sayangnya barang yang dicari abis... terus aja ke mydin subang jaya... hmm.. jalan2 kat situ, carik barang2 skit & nak bawak atuk jalan2 sebenarnya.... kat atas tu sempat snap 2 pics masa anak aku naik that animal.. punya laa dia suka... melayang RM3.. tak pe laa untuk syira segalanya mama sanggup.. daripada mydin terus ke Carrefour subang pulak... mencari barang yang ayah aku nak tuh... ada pulak, terus aja beli... pastu terus balik umah... masak utk tengahari... mak & ayah balik dalam kul 4.00 pm. lepak2 kat umah lagi.. kul 6.00pm baru antar atuk balik ke klang perdana... makan malam kat umah cik la.. terus balik umah.. solat & terus tido... penat rasanya semalam....
this are few pics masa pegi giant last 2 weeks.

Thursday, January 18, 2007

dah dua malam berturut2 aku mimpi yang buruk sangat.. mungkin pada orang lain tak laa kot.. tapi pada aku kalau benar2 terjadi mmg sesuatu yang amat teruk dan buruk sekali... last 2 nite aku mimpi anak aku, last nite aku mimpi hubby aku. aku mimpi anak aku kena patuk ngan ular... selalu orang mimpi ular ni nak kawin kan?? takkan anak aku yang masih kecik lagi tu nak kawin... entah lah confuse aku.. apa pun mimpi hanyalah mainan tido.. hubby aku pulak... susah nak citer kat sini... tapi mmg nightmare laa.. hope so, ini cuma mainan tido & syaitan yang cuba mengganggu ketenteraman rumahtangga kami..
dengan cik eddy, kat wet world shah alam, teruja sangat dia main air waktu tuh.
masa baru2 sampai.. takut jugak dia memula tuh.. ye laa selalu mandi dalam besen jek.. tetiba ada banyak air pulak keliling dia...

Friday, January 12, 2007

semalam lepas kerja singgah giant kejap... beli barang dapur skit.. dah kehabisan stock. Pics ni di amik semasa on the way balik ke umah, syira dah kepenatan dan terus ketiduran dengan muka yang agak comot sbb makan cococrunch.

JOM KE ZOO!!

pics ni semua di ambil masa pegi zoo akhir tahun lepas.. cuti krismas masa tuh!

Tuesday, January 9, 2007

4/1 hari tu aku cuti... so tak de laa buat apa2 kat umah. mmg ada plan nak keluar sbb nak beli pampers syira dah abis stock terus!! Syira dah siap mandi.. mama pun dah mandi.. tapi ayah tuh lepak lagi depan tv.. bengang tul!!!

lambat betul laa ayah ni siap.. kata nak g jalan2!!

ni kat level 4, sogo.. masa tu nak tukar pampers dia.. ada laa pulak menda alah ni kat dalam tuh.. mula la bising mulut dia, bila dah bagi naik cam biasa laa... jd takut laa pulak!!

elephant ni dapat masa beli pampers syira... suka sangat dia ngan elephant ni... 10 minit lepas tu dicampak nyer elephant ni ntah ke mana2.. dia ni mmg cepat boring ngan satu2 benda!!