Monday, July 21, 2008

cerita insyirah..

ni laa anak dara aku.. insyirah.. dah besar pun dia.. dah 2 tahun 4 bulan.. dah petah bercakap / bertanya.. kadang2 sampai penat mama & ayah dia nak jawab..
aku balik ke rumah aku selepas berpantang sehari sebelum naik keje... dalam perjalanan dia asyik dok tanya.. nak g mana ni? nak g s. alam ye? nak g giant ye? sampai aja kat depan umah... dia confuse.. ni umah sape ni mama? ni umah atuk ye? ni umah wan ye? akibat terlalu lama sangat dok kat umah mak aku, sampai umah sendiri pun dia dah tak kenal.. masuk aja dalam rumah... mula laa berbicara tak henti... ni sape punya ni mama.. sampai nak masuk bilik pun takut sbb dia ingat itu bukan rumah dia... toys sendiri pun dah tak kenal.. heran aku ngan anak dara nih..
dah besar ni rajin skit.. kalau kita mintak tolong pasti dia tanya balik... 'nak tolong apa mama'.. tapi bila aku suh dia buaikan adik dia.. for sure nye dia tak mo.. mcm2 alasan dia bagi.. 'syira nak tengok tv laa..' syira nak tulis laa...' tapi kalau aku tengah solat.. adik dia nangis pandai pulak dia pujuk... "sayanggggg... diam.... mama ayang(sembahyang)" tak pun kadang2 dia suka sangat nak kiss adik dia... "nak yum baby".. pastu mesti dia cakap "sayang... dia"
syira skang dah pandai nak tolong masak... nak tolong sapu umah laa.. tapi satu benda yang aku geram sangat ngan dia.. bila dia main, toys x mo kemas balik.. bila kita suh kemas dia buat 'dek' je.. rasanya 1 taman boleh dengar suara aku.. marahkan dia.. geram aku.. geram camana pun tetap aku sayang dia... nanti sambung balik cerita syira.. ada keje laa pulaks... daa..

No comments: