Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, July 21, 2008

@>-----

tetiba rasa sedih sangat.. lagi perit sbb tak boleh nak luahkan pada sesiapa.. nak aku menjerit sekuat hati.. biar semua orang tahu isi hati aku.. hati aku menangis semahunya... mampukah aku tahan airmata ni daripada mengalir.. ya.. secara zahirnya aku masih mampu.. tapi sampai bila...

cerita insyirah..

ni laa anak dara aku.. insyirah.. dah besar pun dia.. dah 2 tahun 4 bulan.. dah petah bercakap / bertanya.. kadang2 sampai penat mama & ayah dia nak jawab..
aku balik ke rumah aku selepas berpantang sehari sebelum naik keje... dalam perjalanan dia asyik dok tanya.. nak g mana ni? nak g s. alam ye? nak g giant ye? sampai aja kat depan umah... dia confuse.. ni umah sape ni mama? ni umah atuk ye? ni umah wan ye? akibat terlalu lama sangat dok kat umah mak aku, sampai umah sendiri pun dia dah tak kenal.. masuk aja dalam rumah... mula laa berbicara tak henti... ni sape punya ni mama.. sampai nak masuk bilik pun takut sbb dia ingat itu bukan rumah dia... toys sendiri pun dah tak kenal.. heran aku ngan anak dara nih..
dah besar ni rajin skit.. kalau kita mintak tolong pasti dia tanya balik... 'nak tolong apa mama'.. tapi bila aku suh dia buaikan adik dia.. for sure nye dia tak mo.. mcm2 alasan dia bagi.. 'syira nak tengok tv laa..' syira nak tulis laa...' tapi kalau aku tengah solat.. adik dia nangis pandai pulak dia pujuk... "sayanggggg... diam.... mama ayang(sembahyang)" tak pun kadang2 dia suka sangat nak kiss adik dia... "nak yum baby".. pastu mesti dia cakap "sayang... dia"
syira skang dah pandai nak tolong masak... nak tolong sapu umah laa.. tapi satu benda yang aku geram sangat ngan dia.. bila dia main, toys x mo kemas balik.. bila kita suh kemas dia buat 'dek' je.. rasanya 1 taman boleh dengar suara aku.. marahkan dia.. geram aku.. geram camana pun tetap aku sayang dia... nanti sambung balik cerita syira.. ada keje laa pulaks... daa..

Aku Kena TAG!!

kena tag laa plak ngan speed... 1st time naik kapal terbang 17 july 2008 (sian aku kan ) flight no AK50 - KUL - MCM 1st time ke oversea 17 july 2008 ke macau (nanti upload pic and cerita trip ke macau) 1st time duduk berjauhan dengan keluarga masa sekolah dulu.. masa tu form 2.. kena dok hostel... (tiap2 minggu nak balik) teringin sangat nak melancong ke... ~blum ada laa~ x pikir pun~ Fav. accessories cincin - mesti pakai sebab rasa cam togel jek jari 4 words/ayat yang selalu sebut 1. hari ni kat school syira belajar apa? 2. ok! 3. harraz buat apa kat school hari nih? 4. bz ke hari ni by? Kalau ada duit - nak beli umah - nak bayar hutang (PTPTN, LOAN, CREDIT CARD) - bawak family pegi umrah or haji - nak beli kasut, hbags, perfumes and all the girl things.. - shopping baju for syira + harraz hmm.. banyak laa benda nak buat KALAU duit banyak nih.. sape yang aku nak tag.. ~x de sape sbb semer korang dah tag~

Tuesday, July 15, 2008

ORANG BARU!!

ni laa muhammad harraz kita.. pics kat atas tu daripada lahir hinggalah hari ke 50 kelahirannya.. alhamdulillah dah selamat segala-galanya... aku pun dah naik keje.. start keje 9 july 2008. masuk2 keje je kena prepare masuk meeting on 11 july.. dan selepas ini bermula semula laa ke'bz'an aku... prepare file tuk next meeting laks!! apa pun aku suka kerja aku sekarang....

harraz ni aku hantar kat nursery sama ngan kakak dia insyirah.. so far so good.. well anak2 mama kena faham.. mama kerja.. bukan tak nak jaga.. ikut hati nak sangat jaga anak2 tapi dah itu lumrah hidup mama... kena kerja.. mama tetap sayang syira & harraz...

harraz ni ada skit muka2 mamak kan?? agaknya masa peknen dulu aku suka sangat makan putu mayam.. dok tunggu jek dia lalu depan umah aku... pastu dalam 2 minggu akhir sebelum delivered suka sangat makan & minum2 kat kedai mamak kat meru tuh.. apa2 pun tak kisah laa... lama2 berubah laa muka dia tuh..

harraz ni lain skit pada syira.. hmm mmg laa lain kan.. sorang girl, sorang boy!! hmm harraz ni manja lain macam skit.. mudah betul kecik hati.. skit2 cebik aja.. penah satu malam dia tak nak tido.. puas aku tepuk2, keluar masuk buai.. pun tak mau jugak.. sudah2nya ayah dia masukkan dia dalam buai.. dia tak mo tido gaks.. dengan perasaan yang agak geram.. aku cakap laa.. dah laa by.. biar laa dia nak tido ke tak nak..!! harraz seakan mengerti apa yang aku cakapkan terus menangis... pastu aku amik keluarkan dari buai, tepuk2 terus tido... boleh pulak!! itu pun agaknya dah ngantuk tahap gaban laa tuh.. nak tak nak tido gaks akhirnya baby harraz itu.. tapi dia sebenarnya cukup senang dijaga... alhamdulillah...

baru2 ni pegi check up + injection.. ada demam skit anak bujang tuh.. nasib kejap aja demamnya... berat dia pun bertambah... 6kg sudah!! agak terasa jugak laa bila dukung dia.. harus bawak stroller kalau nak jalan2.. tak larat mama nak pegang lama2..

kakak nyer citer... nanti sambung laa.. nak balik dah nih.. sementara tunggu hubby sampai aku jenguk blog dulu.. daa..